Tuesday, May 4, 2010

Pernah Tak

Salam Muhibbah,Salam Ukhuwah,Salam Perpaduan

Sepanjang kehidupan dan masa bergerak..

Pernah Tak,anda terfikir macam mana kalau diri anda berada di situasi yang lain berbanding sekarang?
Kalau pernah,kita sama.

Pernah tak,anda mencintai seseorang tapi kita takut untuk meluahkan kerana khuatir si Dia menolak dan menjauhkan diri dari kita
kita mahu dia bahagia dengan orang yang kita rasakan boleh memberi kebahagian kepadanya?
Kalau pernah,kita serupa.

Pernak tak,anda terfikir apa yang sedang berlaku dirumah ibu bapa kita tatkala kita tidak berada di situ?
Makan minumnya,segala keperluan asasnya.
Kalau pernah,kita sama.

Pernah tak,anda terfikir akan kesusahan yang sedang dihadapi oleh insan lain tatkala kita berduka dengan masalah yang kita hadapi?
Kalau pernah,kita sama.

Pernah tak,anda secara tak sengaja menyakitkan hati mereka di sekeliling tanpa kita sedari?
Kalau pernah,kita berperasaan

Pernah tak,anda berusaha untuk mendapatkan sesuatu tapi pada akhirnya kita tetap tidak dapat memilikinya juga?
Kalau pernah,kita sama

Pernah tak,anda berkorban harta benda,titik peluh dan segalanya untuk menolong mereka disekeliling tanpa mengharapkan sebarang balasan?
Kalau pernah,kita sama.

Pernah tak,anda suka melihat wajah mereka disekeliling sentiasa gembira,ceria dan tersenyum selalu?
Kalau pernah,kita sama.

Pernah tak,anda jatuh tersungkur dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan kita?
Kalau pernah,kita sama.

Pernah tak anda disalah anggap atas kebaikan kita walaupun itu adalah diri kita yang sebenar?
Kalau pernah,kita serupa.

Pernah tak anda merasa kecewa dengan mereka disekeliling kerana gagal tidak memberi komitmen seperti yang kita berikan?
Kalau pernah,kita sama.

Pernah tak anda menangis keseorangan sebagai cara anda melepaskan segala beban yang dipikul?
Kalau pernah,kita sama.




``hanya nukilan semata-mata.
cuma nak bagi peingatan kepada diri saya sendiri bahawa orang lain pun pernah menghadapi apa yang saya pernah hadapi,walaupun mungkin situasinya sedikit berbeza.``

Jadi,smile always and keep moving forward
V(^.^)V

2 comments:

adeqmanje said...

kita sama??mmg pn..klu x, bknla adik beradik nmenye.. ;p

nughul said...

setiap org hadapi kesukaran dlm idup...tabahkn hati k

p/s:j0m amik award dr sy..huhu

http://nurulraph.blogspot.com/2010/05/letihpenatgembiratak-sabar.html

Followers