Thursday, August 11, 2016

Kisah petani

Ada seorang petani miskin yang memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah.

Satu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi.. Sayang si petani miskin itu tidak menjualnya.. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek dia sbb dia tak jual kudanya..

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya..

Maka teman-temannya berkata : "Sungguh malang nasib ko, padahal kalau semalam mu jual, dah kaya, sekarang kuda mu dah hilang.."
Si petani miskin hanya diam saja tanpa berbicara...

Beberapa hari kemudian, kuda si petani kembali , bersama 5 ekor kuda liar lainnya..
Lalu teman-temannya berkata : "Wah! Untung sekali nasibmu, ternyata perginya kudamu membawa keuntungan.."
Si petani tetap hanya diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru mereka terjatuh dan kakinya patah..
Kawan2nya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa malang, lihat sekarang anakmu kakinya patah.."
Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian terjadi peperangan di tempat mereka itu, semua anak muda di desa dipaksa untuk berperang, kecuali si anak petani sebab dia tidak boleh berjalan..

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung sekali nasibmu kerana anakmu tidak ikut berperang, kami kemungkinan akan kehilangan anak-anak kami.."

Si petani kemudian berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib baik atau malang..
Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai...
Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini..
Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok..
Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok..
Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita...
Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini..

Jalan yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga dapat mengambil iktibarnya..

Wednesday, August 12, 2015

Kenali

Apa yang terjadi membuatkan aku terfikir.

Sememangnya lelaki itu sukar untuk memahami perempuan.
Lebih-lebih dalam hubungan.

Dan sebab itu juga, aku rasa aku perlu belajar lagi mengenai kaum hawa ni.

Bukan apa, kadang kita fikirkan A, depa fikir B.
Kita maksudkan C, diorg faham E.

Haha..
Well, tak terlambat lagi untuk belajar dan baiki.
Buku pertama-Men from mars, women from venus.

Hadamkan ye Encik F.
Chaiyok.

Monday, July 21, 2014

PLF CONVENTION 2014

Quote of the day:
"Jangan dikeranakan oleh suatu kerana"

Huraian mudah, jika hendak berbuat sesuatu maka teruslah bertindak, Jangan dinanti turunya 'wahyu' baru hendak bertindak.

Maka berlabuhlah tirai PLF Convention pertama peringkat dunia kali ini. Pelbagai perkongsian, cetusan idea yang disampaikan dan tindakan terus diambil secara kolektif bagi berbincang hala tuju idea yang dicetuskan agartidak kekal sebagai idea semata.

Apa yang menarik serta membuat hati teruja bilamana di dalam konvensyen kali ini diadakan majlis khatam al-quran. mendengar tarannum surah al-jumuah dari ayat 1-5 dari commander, serta kupasan ringkas namun jelas dan berimpak dari ustaz hafiz al-muqri.

beramah mesra dengan keluarga besar PLF yang sanggup turun dari pelusuk negara demi bersama menjayakan konvensyen ini.

Sedikit pelik dan masih menyesuaikan diri kerana di dalam keluarga besar PLF ini, tiadanya konsep senior junior, yang lebih berumur mesra dan mudah rapat dengan yang muda dan sebaliknya, bahkan nama panggilan pun terus panggil nama sahaja tanpa tambahan Encik, etc.

Hormat itu dirasakan dalam tindakan, bukan terbatas dengan panggilan semata.

Terima kasih atas penyampaian ilmu.
Terima kasih atas memori.

Sampaikan dakwah dalam setiap proses pembelajaran dan perkongsian.

Alhamdulillah.Terima kasih Allah atas penangguhan apa yang didoaku selama ini.

Moga ukhwah terbina kekal hingga ke syurga.

p/s: If you want it, go for it. if you dont, you are bangauing yourself.

Usah Membangau lagi!

PLF Muhd Khairul Faezy Bin Iskandar.

Learn it.Do it.Live it.

Saturday, January 11, 2014

Sandiwara

Senyumlah seluas-luasnya agar dunia mereka yang lain pun turut sama bersinar.

sembunyikanlah kesedihan, kehancuran hati, apa yang dirasai.

Agar Dia sahaja tempat mengadu.

Maksimumkan semangat agar tidak tersungkur tanpa mampu bangun kembali.

Tuesday, November 19, 2013

Setakat ini.

Masih bergerak ke arah apa yang dirancang and guess what..im slowly getting there.

Namun..apa khabar lak korang disana,disinun?

going back for awhile on 6 disember..sebab 8 nanti sepupu nak kahwin.^^

nothing muvh to share though but do,sometimes kita melepak makan-makan yuk.^^

Monday, November 11, 2013

Keputusan

Ya.
Ku mulakan dgn ya walau scr zahirnya ku mulakan dgn kebiasaan, bismillah.

Keputusan telah ku pilih.
Putuskan fb n twitter.
Kekalkan ig n blog.
Untuk medium bercerita.

Maka untuk berhubung..di wassap,wechat,ig n blog bahkan emel pun blh.

Blergh..

Mulakan langkahan niaga.

Followers