Monday, July 21, 2014

PLF CONVENTION 2014

Quote of the day:
"Jangan dikeranakan oleh suatu kerana"

Huraian mudah, jika hendak berbuat sesuatu maka teruslah bertindak, Jangan dinanti turunya 'wahyu' baru hendak bertindak.

Maka berlabuhlah tirai PLF Convention pertama peringkat dunia kali ini. Pelbagai perkongsian, cetusan idea yang disampaikan dan tindakan terus diambil secara kolektif bagi berbincang hala tuju idea yang dicetuskan agartidak kekal sebagai idea semata.

Apa yang menarik serta membuat hati teruja bilamana di dalam konvensyen kali ini diadakan majlis khatam al-quran. mendengar tarannum surah al-jumuah dari ayat 1-5 dari commander, serta kupasan ringkas namun jelas dan berimpak dari ustaz hafiz al-muqri.

beramah mesra dengan keluarga besar PLF yang sanggup turun dari pelusuk negara demi bersama menjayakan konvensyen ini.

Sedikit pelik dan masih menyesuaikan diri kerana di dalam keluarga besar PLF ini, tiadanya konsep senior junior, yang lebih berumur mesra dan mudah rapat dengan yang muda dan sebaliknya, bahkan nama panggilan pun terus panggil nama sahaja tanpa tambahan Encik, etc.

Hormat itu dirasakan dalam tindakan, bukan terbatas dengan panggilan semata.

Terima kasih atas penyampaian ilmu.
Terima kasih atas memori.

Sampaikan dakwah dalam setiap proses pembelajaran dan perkongsian.

Alhamdulillah.Terima kasih Allah atas penangguhan apa yang didoaku selama ini.

Moga ukhwah terbina kekal hingga ke syurga.

p/s: If you want it, go for it. if you dont, you are bangauing yourself.

Usah Membangau lagi!

PLF Muhd Khairul Faezy Bin Iskandar.

Learn it.Do it.Live it.

No comments:

Followers