Wednesday, January 23, 2013

Leaders 2012/2013 part 1

Kem ni merupakan salah satu kewajipan,setakat inilah selepas final exam..untuk disertai.
Sepanjang beberapa tahun di UPM,kolej 12..ini merupakan kali ke- 6 saya menyertai dan merupakan kali pertama dijemput untuk menjadi salah seorang fasilitator.

Permulaannya berat untuk menerima namun pandangan dari teman-teman membuatkan diri berfikir panjang dan menerima lamaran terbabit.bkn lamaran kahwin..not yet.just not yet.YET.

Apa yang pasti segala perancangan telah dirangka dengan teliti,disesuaikan dengan apa yang ingin dicapai oleh pengarah program. Apa yang menjadikan kem kali ini lebih istimewa pada pandangan saya adalah kerna barisan fasi yang pada hemat saya adalah yang terbaik.Bukan kerna mereka berpengalaman dari segi kem-kem diluar,pernah dan aktif menjadi fasi diluar namun pandangan yang penuh dengan nilai-nilai yang bukan dari sebelah pihak semata.Pandangan yang diperolehi adalah menyeluruh.

Niat dihati kami semua telah ditetapkan sedari awal iaitu ntuk menyumbang sebanyak mana yang boleh kepada mereka yang akan menjadi pelapis kami di kemudian hari.

Gelak tawa,keluh resah,sedih dan sebagainya menjadi bahan mainan kami sepanjang menyiapkan gerak kerja dibelakang tabir.

Saya sayang kalian kerna Allah.Tanpa kalian,mana mungkin apa yang dirancang akan menjadi satu perancangan indah untuk kita semua.
Masing-masing sedia berkongsi serta menambah apa yang kurang,sungguh aku kagum dengan suasana ini.
Belajar memiimpin bukan satu tugasan mudah kerna amanah itu sudah pun berat,apatah lagi untuk mendidik generasi pelapis.

Apa yang terbaik,sudah dirangka,dilakukan,terpulang pada mereka pula untuk menerima dan mengamalkan apa yang diberi.
Kami belajar dari anda dan anda juga belajar dari kami.
Belajar memberi untuk menerima.


Cukup rasanya untuk mukadimah ringkas.

Semoga persahabatan kita kekal hingga ke sana.


Sayang koranglah!XD




Followers