Wednesday, December 5, 2012

Menuju Akhir yang Mungkin Bukan Yang Terakhir

Semakin menuju minggu-minggu terakhir ini, Semakin aku memerhati mereka yang berada disekitar ini.

Ada yang seolah merasakan tiada apa yang berubah disekitar mereka, ada juga yang merasakan agak payah untuk meninggalkan dunia belajar di UPM ini. Walhal pada suatu ketika dirasakan untuk dihabiskan secepat mungkin kalau boleh pembelajaran disini dan segera melangkah ke dalam dunia pekerjaan.huh.kononla semangat nak bekerja.

Namun apa yang pasti,memori akan sentiasa kekal sebagai memori. Tidak kiralah ianya memori yang baik,indah mahupun mendukakan serta pahit. Jangan tipulah andai tiada langsung memori yang akan menjadi kenangan yang telah dibina disini.

Tahniah kepada mereka yang akan bergraduat pada semester hadapan. Tahniah kepada mereka yang bakal berpraktikal pada semester hadapan. Timbala pengalaman sebaik mungkin kerana ianya adalah guru yang terbaik dan pengalaman 'hands-on' memang akan menajdi memori.

Tetiba pocoyo malam ini update artikel entah apa-apa.
Gatal jari menekan keypad, sengal konon menaip ikut skema APA..

Apa yang pasti,aku bakal harungi semester ini dengan yuran berbaki sebanyak RM2086 yang akan diberi penjelasan esok oleh pihak bendahari dari mana jumlah itu datang secara tetiba. Mana mungkin ia suprise besdayku.Memang sangat pasti ianya bukan satu peluang mereka mengenakan aku.sangat pasti.

Doalah semuanya berjalan lancar dan sama-sama menyiapkan diri untuk final exam semester ini.Poyo nak ingatkan.Macamlah study week guna untuk study.jangan nak tipu.      

No comments:

Followers