Saturday, November 17, 2012

Pertanyaan Hati

Terkadang aku berfikir..apa yang dilakukan,adakah ianya betul?berlandaskan jalan yg benar?
Tatkala aku ingin berubah menuju kembali jalan yang betul,sentiasa ada dugaan sebagaimana yang dijanjikan..yela,kata nak berubah,tapi takkanlah tidak diuji,benar?

Seperti yang aku jangkakan..merancang untuk berubah itu mudah namun untuk meniti jalan-jalan perubahan itu tidak mudah.Moga tekad diriku ini benar-benar dapat dicapai dan bukannya separuh perjalanan sahaja.

Kebelakangan ini,hatiku sering bertanya lagi..keeps wondering,adakah cinta yang terjalin berlandaskan cinta kepada Allah swt?Adakah ia betul?hati ini masih lagi bertanya sampai ke hari ini.

Bukan apa,aku tidak mahu dikemudian hari,ia menjadi penyesalan..buku-buku yang aku baca,membuatkan aku sentiasa memohon kepadanya agar ia berlandaskan cinta kepada-Nya dan bukannya membuat jalan menuju jalan zina,seterusnya membibitkan keruntuhan rumah tangga di kemudian hari.

Bukan niatku ingin terus melangkah berbicara mengenai alam rumah tangga,tidak.Namun sekadar mengajukan persoalan kepada diri.

"Cintaku berlandaskan Allah swt dan Rasul ke?''

Cukuplah berbicara dengan jari mengenai soal hati.Moga Tekad ini diteguhkan lagi untuk menghadapi ujian dikemudian hari.Kurniakanla diriku insan yang sentiasa mengingatkan diriku kepada -Nya.

Nanti,akan ada bahkan sudah ada yang berkata poyola dia..dulu xnak berubah,sekarang baru terhegeh-hegeh nak berubah..konon je tu..

Jawab ku..*Senyum*
itu sahaja..kerana aku tidak mahu menjadi golongan taklik semata,aku ingin kenal diriku ini sebenarnya,ingin kenal Islam yang sebenarnya macam mana,bukan sekadar Islam di kad pengenalan semata.

Umpamanya,kau belajar tanpa mengetahui kenapa dan atas sebab apa kau belajar...itu sahaja..

Usai sudah tarian jariku diatas  papan kekunci ku buat diri yang dhaif ini.

Moga semuanya dipermudahkan.Insya Allah.

Sekadar berkongsi bagaimana perubahan itu tidak mudah setakat ini.^^




No comments:

Followers