Thursday, December 30, 2010

Perubahan.

Perubahan..Apa yang hendak diubah..Persoalan yang tetiba menerpa ke dalam benak saya yang mungkin agak 
kurang aktif..
Perubahan..
Sentiasa manusia ini berubah.Hanya yang jadi persoalan,ke arah mana perubahan yang ingin dilakukan..Sama ada positif atau negatif.Bagi,BASED ON MY EXPERIENCE,saya rasakan banyak perubahan yang telah berlaku,Alhamdulillah,ke arah yang positif.

Namun,tak dinafikan,Banyak halangan serta cabaran yang terpaksa saya tempuhi.
Perubahan,bukan sesuatu yang mudah..apa yang mudah hanyala membayangkan dalam benak akal kita yang penuh khilaf nie..Hendak melaksanakan,susah seh!

Yang lebih susah,perubahan yang positif..Negatif senang je..xrasa susah,MasyaAllah..
Moga diriku dijauhkan dari perubahan sedemikian,amin.
Apa yang pasti,perubahan..bukan hanya melibatkan luaran tetapi jugak dalaman.Itu yang pasti.
Perubahan jiwa,perubahan akhlak..banyak lagila..
Saya bukan ustaz,ulama,hafiz,bahkan saya rasakan ilmu saya amat-amat sedikit..wuwuwuwuwuwT.T
Hanyalah berkongsi pengalaman hidup saya agar bolehla dijadikan peringatan bersama..InsyaAllah..

Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.(iloveislam.com)
Benar kata orang,banyak membaca,makin bertambah ilmu,cara pemikiran kite pun semakin berubah.Apa yang saya harapkan sekarang adalah segala perubahan yang berlaku,telah dan sedang.akan kekal mengubah diri kita untuk jadi insan yang lebih baik dari sebelumnya.
Orang yang harinya sama je macam semalam,sebelum,nampak sangat dalam kerugian.Macam xde yang di boleh dapat untuk dipelajari dan moga saya serta anda,tidak jadi macam beliau2..InsyaAllah.(^^)V
Sebelum saya sudahi nukilan kali nie..Nie saya kongsikan untuk kita bersama..:)
Seuntai madah untuk dihayati, setitis ilmu bisa mencairkan selautan kejahilan yang bersarang di pelupuk rona hati, iman itu dinding taqwa. sedangkan taqwa itu perisai hati, yang memusnahkan pastilah nafsu. Dilayan jangan, dilawan pun jangan, dididik perlu, diasuh mesti. Apapun yang terjadi ikhlas menjadi ubat penawar segala2nya. Yakin pada Allah, kejayaan pasti menanti dirimu...
p/s:Mencoret untuk dibaca bersama..

No comments:

Followers