Friday, December 31, 2010

Impian

Assalamualaikum.

Salam Sukses.
Anda kenal anak muda yang menjadi jutawan semasa berumur 26 tahun dengan bisnes di rumah sahaja? Menggunakan internet sebagai kaedah pemasaran, beliau akhirnya mendapat pelanggan dari seluruh dunia. Tidak percaya? layari laman ww.irfankhairi.com dan anda terpaksa mempercayai kehebatannya. Bagaimana beliau dapat menjadi Dr. Irfan Khairi seperti sekarang?
Kenapa ya? Saya pernah bertanya sendiri kepadanya. Dia berkata, selepas tamat pengajian, dia bekerja makan gaji di sebuah syarikat IT di United Kingdom. Pada mulanya dia agak seronok dengan kerja-kerja membina sistem yang digunakan oleh pelanggan, namun lama-kelamaan dia rasa kedudukannya pada masa itu tidak membawanya pergi lebih jauh. Dia ingin sesuatu yang lebih dinamik, sesuatu yang lebih berbaloi dan bermakna.
Yang menariknya, dia berkata dia mempunyai impian yang besar. Ingin menjadi ’seseorang’. Dia bermuhasabah keadaan semasanya. Dia membandingkan rutin semasanya (lorong hidupnya) pada masa itu dengan apa yang dia harapkan daripada hidup ini. Dia melihat aktiviti harian, mingguan dan bulanan serta menjangka keadaannya 20 tahun akan datang jikalau dia berterusan sebegitu. Jawapannya? Tidak berbaloi. Sekiranya berterusan, mustahil bagi dia menjadi ’seseorang’. Jadi, apa yang dia lakukan?
Berhenti bekerja! Mungkin satu pilihan yang sukar! Saya tidak sarankan supaya anda berhenti. Apa yang saya sarankan adalah sentiasa memuhasabah diri kita. Bandingkan ‘lorong hidup’ anda dengan apa yang kita inginkan dalam hidup ini. Kemudian tanya soalan, apakah lorong hidup saya sedang membawa saya menuju impian yang diimpikan?

Jawapan ada pada anda.

Selamat menuju sukses!


Artikel yang membuatkan diriku berfikir sejenak.Mari berfikir bagi menongkah arus perubahan bersama.:)
Artikel dari motivator Fadzli Yusof.

No comments:

Followers