Friday, December 31, 2010

Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
tips cinta
Salam motivasi dan salam tips cinta..Cewah…mentang-mentanglah tajuk hari ini adalah mengenai tips cinta.  Owh, saya bukanlah dr Cinta yang bisa memberi pelbagai tips cinta. Sebenarnya ianya adalah masih dalam skop personaliti. tips cinta hari ini adalah cuba melihat daripada sudut personaliti mengapa berlakunya pergaduhan dan perselisihan sesama manusia. Harapan tips ini dapat membantu dalam memahami personaliti individu. Selamat membaca.  :-)
Jika dilihat daripada sudut personaliti, terdapat empat perkara mengapa berlakunya silap faham dalam perhubungan manusia. Tetapi oleh kerana ianya meruapakan satu topik yang panjang, saya akan mengupasnya salah satu faktornya sahaja untuk post ini. Dengan memahami personaliti seseorang, ia sebenarnya membuatkan hubungan anda sesama manusia lebih baik. Akhirnya cinta anda lebih baik..hehe.. :-P Panjangnya saya membebel, ayuh ke isi utamanya.
Tips Cinta : Adakah anda Ekstrovert ataupun Introvert?
•    Ekstrovert mendapat sumber tenaganya daripada luar. Interaksi dengan dunia luar memberi tenaga untuknya terus kuat. Mereka diransang berdasarkan aktiviti dan perkara yang dilakukan.
•    Introvert pula mendapat tenaga dari dalaman. Mereka berinteraksi dengan dunia dalaman untuk mendapatkan sumber tenaga. Mereka banyak diransang oleh idea, buah fikiran atau falsafah.
Perbezaan antara dua kod ini boleh menjadi salah satu punca pergaduhan dalam sesuatu perhubungan. Kegagalan individu untuk melihat dari sudut pasangan membuatkan mereka merasa pasangan mereka seorang yang pelik. Sebagai individu yang berkod Introvert, mereka mungkin melihat kod Ekstrovert sebagai seorang yang terlalu suka bercakap. Mereka kelihatan sebagai seorang yang suka mendesak dan terlalu ‘over’.
Berlainan dengan Ekstrovert, mereka menganggap kod Introvert seorang yang pelik kerana seorang yang pendiam dan tidak suka bersosial. Sikap ini membuatkan mereka berasa bosan dan mendapati Introvert seorang yang kurang menarik untuk didekati. Faktor ini jelas kerana mereka melihatnya dari sudut perspektif diri dan merasakan bahawa pasangan mereka tidak serasi atau kena dengan cara mereka.
Tips cinta dalam membolehkan pasangan ini untuk hidup bahagia dan harmoni, prinsip yang perlu diamalkan adalah mudah. Ketahuilah fakta ini.
•    Interaksi dan aktiviti amat penting bagi Ekstrovert
•    Ruang amat penting kepada Introvert.
Harap tips cinta ini membantu. Manusia adalah unit kerana personalitinya yang berbeza.
Salam motivasi dan cinta. :-)
(drinspirasi.com)
Bukan saya yang tulis,rujukan penuh,boleh pergi ke laman  web ini http://www.drinspirasi.com/blog/

No comments:

Followers